Wednesday, January 26, 2011
PerfecT date!!
Wednesday, December 1, 2010
Hello December!!
Monday, November 29, 2010
39 SYARAT LELAKI UNTUK SI GADIS
1. punya minat dan hobi yang sama denganya. cthnya meminati pasukan bola sepak yg sama
2. cepat faham andai kamu sedang marah ataupun bengang mengenai sesuatu perkara. lebih menyenangkan, si gadis itu cepat-cepat menenangkan kamu
3. sentiasa ada sama bersamanya tidak kira semasa gembira atau berduka
4. gadis yang tidak bermuka-muka, depan cakap lain, belakang cakap lain
5. bijak menjaga sahsia dan tatasusila diri. lebih penting si gadis itu tidak mengada-ngada @ gedik tidak bertempat
6. pandai masak. lebih manis jika gadis itu boleh masak menu kegemaran teman lelaki
7. hormat orang. ramai lelaki meyukai gadis yang tahu untuk hormat orang lain termasuklah teman lelaki sendiri
8. tidak bersifat meterialistik!
9. tahu berfesyen. kadabg-kadang perempuan main pakai apa yabg disukainya, perlu ingt lelaki juga celik fesyen
10. tidak mengenakan pakaian yang terlalu seksi, nampak merimaskan
11. cakap lepas. lebih elok jika gadis itu menjaga perilaku dan tutur kata
12. boleh bercakap @ berbicara mengenai apa sahaja. terutamanya mengenai hal dunia semasa
13. solehah
14. tidak mengumpat, suka menjaga tepi kain orang @ berbangga dgn diri sendiri
15. tidak lokek duit ketika meluang masa bersama-sama ada ketika makan-makan @ menonton wayang
16. peka dengan setiap karekter teman lelaki. dalam erti kata lain, kamu tentu mahu gadis mengambil berat terhadap dirinya.
17. sarat dengan elemen kewanitaan dalam diri
18. tidak neninggikan suara apabila bercakap dengan teman lelaki, walaupun berselilsih faham sekali pun
19. bijak dalam pengurusan masa dan kerjaya
20.pandai berdandan dan bersolek
21. tidak mengongkong @ ambil tahu pergerakan teman lelaki 24jam!
22. boleh berkomunikasi dengan baik dengan ahli keluarga belah lelaki
23. bijak mengambil hati
24. mampu berdiri atas kaki sendiri dari hanya bergantung harap pada teman lelaki
25. tidak kemaruk seks
26.pandai menyesuaikan diri di dalam apa sahaja situasi.
27. sukakan kanak-kanak
28.lemah lembut kereribadiannya
29. tidak mudah melenting. tidak menjadikan alasan `period` sebagai medium untuk melepaskan kemarahan
30. punya kerjaya sendiri
31.bercakap hanya ketika perlu
32. tidak membebel di dalam kereta
33. tidak terlalu sosial
34.sentiasa mahu memajukan diri sendiri
35. tidak selekeh
36. pandai jaga badan. si dia tidak perlu langsing, tetapi memadai jika sedap mata teman lelaki
37. kulit muka mulus dan lincin
38. tidak bangun lambat
39. tidak mengada-ngada mengenai hal remeh temeh... rimas!!
Trimas..:)
Thursday, November 25, 2010
Diet Rasulullah
Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh makan sesuka hati kita saja. Inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yang lainnya.
Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasulullah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. InsyaAllah kalau anda ikut diet Rasulullah ini, Anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD/KOBIS
Jangan makan SUSU bersama CUKA
Jangan makan CUKA bersama IKAN
Jangan makan BAWANG PUTIH bersama BAWANG MERAH
Jangan makan BUAH bersama SUSU (Contoh : KOKTEL)
(Sumber petikan dari buku Cara Makan RAsullulah SAW tulisan Prof Dr Abdul Basith Muhammad As-Sayyid)
CARA MAKAN
* Jangan makan buah setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu, baru makan nasi. Buah baik dimakan ketika perut kosong kerana proses penghadamannya cepat berbanding kumpulan makanan lain. Jika dimakan selepas makanan lain, ia akan mengalami fermentasi kerana lambat dihadam. Zat zat yg terdapat di dalamnya akan rosak dan juga penyebab berlakunya kembung perut.
* Tidur dibolehkan 1 jam SELEPAS makan tengah hari. Terlalu cepat tidur setelah makan akan menyukarkan proses penghadaman, mengeluarkan gas yang banyak, susah buang air besar dan menyebabkan mulut berbau. Dianjurkan tidur dengan mengiring ke sebelah kanan seperti mana yang sering dilakukan oleh Rasulullah SAW. Dengan itu perut yang terletak di sebelah kiri tubuh tidak ditindih dan tidak mengganggu proses penghadaman yang sedang berlaku.
*Jangan sesekali tinggal makan malam. Barang siapa yg tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda. Diriwayatkan dari Anas dengan status marfu':"Makan malamlah sekalipun hanya dengan kurma kering, kerana meninggalkan makan malam dapat mempercepatkan penuaan". Ini adalah kerana, jika kita meninggalkan makan malam, tubuh akan mengurangkan kadar metabolisme badan. Waktu makan yang tidak teratur juga boleh mengganggu proses penghadaman.
Antara amalan-amalan kesihatan lain yang wajar diamalkan:
1. Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk akan menyempitkan saluran kapilari darah, membuatkankan jantung mengepam lebih banyak darah dan oksigen ke seluruh tubuh dengan kadar yang cepat dan menyebabkan kontraksi otot. Kontraksi otot dapat membakar lemak yang terdapat dalam tubuh. Selain itu, air sejuk juga akan menyebabkan kita menggigil disebabkan oleh tindakan refleks tubuh untuk mengekalkan suhu badan. Dengan menggigil lemak akan dibakar untuk menghasilkan tenaga dan haba. Denga itu ia juga dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan tidak gemuk.
2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air dalam peti sejuk/ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).
3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Antaranya menambahkan aliran darah ke otak dan menyahcas tenaga eletrostatik yang terdapat pada tubuh.
http://www.islamic-replies.ucoz.com/Benefits_Of_Prayer.html
4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari.Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzim sejenis alat percerna makanan).
http://www.wonderfulinfo.com/islam/eatfood.php
Sabda nabi : "Ilmu itu milik Allah, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insyaAllah, Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya"